Friday, 13 July 2012

Sains & Teknologi

1. Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
2. Pythagoras – memperkenalkan Teorem Pythagoras dan mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon.
3. Hippocrates – Bapa Perubatan.
4. Archimedes – ahli matematik dan fizik, teorinya ialah isipadu air dan gravity.
5. Ptolemy – ahli astronomi Yunani.
6. Sistem angka Yunani ialah herodianic dan ionic.

Falsafah

1. Ahli falsafah seperti Herodotus, Socrates, Aristotle, Plato.
2. Isu utama – nilai individualisme, kehidupan manusia, demokrasi.
3. Herodotus ialah bapa sejarah, karyanya ialah „ History of Persian War?.
4. Thucydides seorang pengasas sejarah saintifik, karyanya ialah "History of the Peloponnesian War".
5. Falsafah Yunani mengajar manusia berfikir secara rasional dan sikap ingin tahu.
6. Plato dalam buku republik menyatakan masyarakat dan negara yang baik di perintah oleh ilmuan dan ahli falsafah.
7. Aristotle (guru Alexander the Great) – membincangkan cara berfikir yang teratur.

Pendidikan

1. Di Athens – pendidikan bertujuan melahirkan manusia seimbang (rohani dan jasmani) seperti aktiviti pendidikan, sukan, sastera, pidato, muzik, menulis.
2. Di Sparta – pendidikan untuk melahirkan tentera yang gagah dan setia kepada negara kota (kemahiran fizikal dan senjata amat dipentingkan).
3. Banyak sekolah falsafah dibina seperti di Athens, Thebes yang melahirkan sejarawan seperti, Herodotus, pemikir sains seperti Thales, Anaxagoras.
4. Athens menjadi pusat cendiakawan penting ketika Pericles.

Peningkatan Ekonomi

1. Semua negara kota kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana bumi bergunung – ganang tidak sesuai untuk pertanian. Kesannya perdagangan melalui jalan laut dengan wilayah luar dijalankan. Mulanya perdagangan pesisir pantai seperti dengan Mesir, Syria.
2. Athens dan Corinth kekurangan makanan kerana kurang tanah pertanian, maka mereka mendapatkan makanan dari kawasan selatan dan Laut Hitam.
3. Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang dari timur.
4. Cukai yang dikenakan di sini telah menaikkan harga barang, kesannya ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandria pada zaman Graeco – Rom.

Perluasan Kuasa


1. Philip II – menyatukan Macedonia dan Yunani.
2. Alexander The Great – menguasai Parsi, Mesir, Turkistan Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean.
3. Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran budaya Yunani, Parsi, dan budaya timur yng lain) ke Itali, Iskandariah dan Antioch.
4. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander dan munculnya empayar Rom.

Perundangan

1. Dewan Perhimpunan menggubal undang- undang.
2. Plato dalam bukunya Republik mengatakan negara harus diperintah oleh ahli falsafah.
3. Katanya ahli falsafah berupaya menggubal undang – undang.

Pemerintahan & Pentadbiran

1. Bentuknya berubah- ubah seperti monarki, oligarki, aristokrasi, diktator dan akhirnya demokrasi.
2. Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim, tentera dan agama. Beliau   dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.
3. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot – raja dipilih tetapi kuasa terhad. Beberapa orang konsul memerintah, sistem ini dinamakan oligrarki.
4. Kemudian lahir aristokrat dikalangan konsul tadi yang memiliki kuasa besar, sistem ini ialah aristokrasi.
5. Kemudian berlaku ramsapan kuasa kerana rakyat tidak puas hati – maka muncul sistem ditaktor dikalangan golongan kaya atau tentera.
6. Rampasan kuasa ini ditentang oleh aristocrat – maka muncullah demokrasi.
7. Sistem demokrasi di Athens – tersapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali setahun, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan di kendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh keatas ketiga – tiganya.
8. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.
9. Sistem tentera di Sparta pula pertahanan amat penting, anak lelaki dilatih menjadi askar yang handal dan patriotic.

Kuil Artemis

Kuil Artemis merupakan kuil tamadun Yunani Purba yang dibina untuk menyembah dewa Artemis. Kuil ini dibina pada 550 S.M. di Ephesus yang terletak di negara Turki hari ini. Kuil ini tergolong dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia Purba tetapi telahpun dimusnahkan oleh Herostratus.

Kronologi

Tiada tarikh yang tetap yang dipersetujui bagi mulanya dan tamatnya Zaman Yunani Purba. Zaman Yunani Purba biasanya merujuk kepada segala sejarah Yunani sebelum Empayar Rom, tetapi ahli sejarah menggunakan istilah ini secara lebih tepat. Penggunaan istilah ini ada kalanya meliputi tamadun Mycenaeen (yang bertutur bahasa Greek) yang telah runtuh sekitar 1150 SM, walaupun ramai yang berpendapat bahawa Minoan yang berpengaruh amat berbeza daripada kebudayaan orang Yunani selepasnya, oleh itu ia harus dikelaskan secara berasingan.

Politik & kemasyarakatan

Memperluaskan dasar perluasan kuasa
Pada tahun 359 SM, Philip mengisytiharkan dirinya sebagai raja di Makedonia. Dia bercadang hendak menguasai seluruh wilayah Greek yang berpecah-belah itu. Dia menubuhkan angkatan tentera yang tertetap dan bergaji, terdiri dari petani Makedonia dan melatih askar ini mengikut cara latihan askar di Thebes. Dengan tentera yang terbaik, dia mula menakluk puak-puak liar yang terdapat di antara Makedonia dan Danube. Kemudian, dengan satu dasar bijak menggunakan diplomasi dan kekerasan, dia menguasai bahagian Utara Aegean, kemudian melalui Thermopylae untuk menubuhkan suprimasinya di tengah Greek dengan menghancurkan tentangan orang Phocia. Pada tahun 338 SM, Athens dan Thebes dikalahkan. Malangnya, baginda telah mangkat dalam satu kesibukan menyambut perkahwinan anak perempuannya dan anaknya Alexander Agung menaiki takhta pada tahun 336 SM. Dalam 334 SM, baginda menyeberangi Dardanelles dan memasuki Asia Kecil dan menyerang Parsi, kemudian Syria dan Mesir. Pada tahun 331 SM, baginda sekali lagi menyerang Parsi dan menaklukinya. Kemudian, pada tahun 326 SM, baginda menawan Raja India yang bernama Porus dalam pertempuran Hydaspeas. Baginda mangkat pada tahun 323 SM ketika baginda berumur 32 tahun kerana penyakit Malaria.
Pemerintah yang cekap
Alexander Agung merupakan pemerintah Yunani yang cekap. Baginda menaiki takhta pada tahun 326 SM semasa baginda berusia 20 tahun. Dia mewarisi sikap sombong, penuh emosi dan berani dari ibunya; fikiran yang praktikal, kepintaran dalam politik dan kemahiran dalam peperangan dari ayahnya. Baginda merupakan ketua tentera dan perancang strategi yang handal. Semasa pemerintahan baginda, kebudayaan Hellenistik telah berkembang ke seluruh empayarnya. Kebudayaan Hellenistik merupakan gabungan kebudayaan Yunani dan kebudayaan Parsi. Baginda merupakan pengasas bandar Iskandariah, sebuah pusat pembelajaran yang penting dalam bidang sains dan matematik. Alexander Agung tidak pernah kalah dalam peperangan dengan musuhnya. Semasa pemerintahannya, Empayar Yunani telah mencapai kegemilangan sehingga meliputi 3 benua iaitu Asia, Eropah dan Afrika.
Tentera yang kuat
Yunani mempunyai tentera yang kuat sehinggalah membolehkannya membentuk Empayar Yunani yang begitu luas. Philip telah menubuhkan angkatan tentera yang tetap dan bergaji, terdiri daripada petani Makedonia dan melatih askar ini mengikut latihan askar di Thebes. Angkatan tentera ini telah dilengkapkan dengan tombak yang lebih panjang. Phalaux Makedon dan Sekuadron besar tentera berkuda yang berdisiplin kuat di sayapnya membuat tentera ini susah hendak dikalahkan. Angkatannya mara dalam barisan yang serong, tentera berjalan kaki dan berkuda bergerak bersama mengikut rancangan yang telah disediakan. Kesemuanya sekali menjadi satu jentera ketenteraan yang belum pernah disaksikan di dunia. Kekuatan angkatan juga dapat dilihat apabila dari 330-324 SM, Alexander Agung memimpin angkatannya melalui gunung-ganang dan padang pasir yang penuh bahaya, salji dan banjir, berjuang dengan semangat berkobar-kobar menghadapi bermacam jenis musuh, mereka mara beribu-ribu batu ke tengah Asia, masuk Timur sampai ke Bactria, ke Utara menyeberangi Sungai Oxus dan Jaxartes ke Turkestan, ke Selatan menyeberangi Indua dan masuk ke Punjab tanpa berhenti-henti.

Pengenalan

Yunani Purba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

     Yunani Purba atau Greece Purba atau Hellas Purba merujuk kepada tempoh sejarah Greece yang berkisar di lembangan Mediterranean dan Laut Hitam dan berlangsung selama satu alaf, sehingga bangkitnya Kristian, dari Zaman Kelam Yunani sekitar 1100 SM sehingga penawanan Greece oleh Rom pada 146 SM. Ia dianggap oleh kebanyakan sejarawan sebagai satu asas budaya tamadun barat. Budaya Yunani merupakan satu pengaruh yang kuat di dalam Empayar Rom, yang membawa satu versi sepertinya kepada banyak bahagian Eropah yang lain.

     Kebudayaan Yunani Purba mempunyai pengaruh yang kuat pada bahasa, politik, sistem pendidikan, falsafah, sains, kesenian dan seni bina pada dunia moden, memarakkan Renaissance di Eropah Barat dan sekali lagi semasa pemulihan pelbagai neo-klasik pada abad ke-18 dan abad ke-19 Eropah dan Amerika.

     "Greece Kuno" adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan dunia penutur bahasa Greek pada zaman purba. Ia merujuk bukan sahaja untuk semenanjung geografi Greece moden, tetapi juga untuk kawasan-kawasan kebudayaan Yunani yang telah diduduki pada zaman purba oleh orang-orang Greek: Cyprus dan kepulauan Aegean, laut Aegean di persisiran Turki (ketika itu dikenali sebagai Ionia), Sicily dan selatan Itali (dikenali sebagai Magna Graecia), dan penempatan orang Yunani berselerak di pantai-pantai yang sekarang merupakan Albania, Bulgaria, Mesir, Libya, selatan Perancis, timur dan timur laut Sepanyol, Georgia, Romania, dan Ukraine.