1. Bentuknya berubah- ubah seperti monarki, oligarki, aristokrasi, diktator dan akhirnya demokrasi.
2. Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua
hakim, tentera dan agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri
daripada golongan kaya.
3. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot – raja dipilih
tetapi kuasa terhad. Beberapa orang konsul memerintah, sistem ini
dinamakan oligrarki.
4. Kemudian lahir aristokrat dikalangan konsul tadi yang memiliki kuasa besar, sistem ini ialah aristokrasi.
5. Kemudian berlaku ramsapan kuasa kerana rakyat tidak puas hati –
maka muncul sistem ditaktor dikalangan golongan kaya atau tentera.
6. Rampasan kuasa ini ditentang oleh aristocrat – maka muncullah demokrasi.
7. Sistem demokrasi di Athens – tersapat Dewan Perhimpunan dan
Majlis. Semua warganegara lelaki menjadi anggota Dewan Perhimpunan
selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali setahun, ahli
boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan di kendalikan oleh
Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan
berkuasa penuh keatas ketiga – tiganya.
8. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.
9. Sistem tentera di Sparta pula pertahanan amat penting, anak lelaki dilatih menjadi askar yang handal dan patriotic.
No comments:
Post a Comment