Kronologi
Tiada tarikh yang tetap yang dipersetujui bagi mulanya dan tamatnya
Zaman Yunani Purba. Zaman Yunani Purba biasanya merujuk kepada segala
sejarah Yunani sebelum Empayar Rom, tetapi ahli sejarah menggunakan istilah ini secara lebih tepat. Penggunaan istilah ini ada kalanya meliputi tamadun Mycenaeen (yang bertutur bahasa Greek) yang telah runtuh sekitar 1150 SM, walaupun ramai yang berpendapat bahawa Minoan yang berpengaruh amat berbeza daripada kebudayaan orang Yunani selepasnya, oleh itu ia harus dikelaskan secara berasingan.
Politik & kemasyarakatan
- Memperluaskan dasar perluasan kuasa
Pada tahun 359 SM, Philip
mengisytiharkan dirinya sebagai raja di Makedonia. Dia bercadang hendak
menguasai seluruh wilayah Greek yang berpecah-belah itu. Dia menubuhkan
angkatan tentera yang tertetap dan bergaji, terdiri dari petani
Makedonia dan melatih askar ini mengikut cara latihan askar di Thebes.
Dengan tentera yang terbaik, dia mula menakluk puak-puak liar yang
terdapat di antara Makedonia dan Danube. Kemudian, dengan satu dasar
bijak menggunakan diplomasi dan kekerasan, dia menguasai bahagian Utara
Aegean, kemudian melalui Thermopylae untuk menubuhkan suprimasinya di
tengah Greek dengan menghancurkan tentangan orang Phocia. Pada tahun 338
SM, Athens dan Thebes dikalahkan. Malangnya, baginda telah mangkat
dalam satu kesibukan menyambut perkahwinan anak perempuannya dan anaknya
Alexander Agung menaiki takhta pada tahun 336 SM. Dalam 334 SM, baginda
menyeberangi Dardanelles dan memasuki Asia Kecil dan menyerang Parsi,
kemudian Syria dan Mesir. Pada tahun 331 SM, baginda sekali lagi
menyerang Parsi dan menaklukinya. Kemudian, pada tahun 326 SM, baginda
menawan Raja India yang bernama Porus dalam pertempuran Hydaspeas.
Baginda mangkat pada tahun 323 SM ketika baginda berumur 32 tahun kerana
penyakit Malaria.
- Pemerintah yang cekap
Alexander Agung
merupakan pemerintah Yunani yang cekap. Baginda menaiki takhta pada
tahun 326 SM semasa baginda berusia 20 tahun. Dia mewarisi sikap
sombong, penuh emosi dan berani dari ibunya; fikiran yang praktikal,
kepintaran dalam politik dan kemahiran dalam peperangan dari ayahnya.
Baginda merupakan ketua tentera dan perancang strategi yang handal.
Semasa pemerintahan baginda, kebudayaan Hellenistik telah berkembang ke
seluruh empayarnya. Kebudayaan Hellenistik merupakan gabungan kebudayaan
Yunani dan kebudayaan Parsi. Baginda merupakan pengasas bandar
Iskandariah, sebuah pusat pembelajaran yang penting dalam bidang sains
dan matematik. Alexander Agung tidak pernah kalah dalam peperangan
dengan musuhnya. Semasa pemerintahannya, Empayar Yunani telah mencapai
kegemilangan sehingga meliputi 3 benua iaitu Asia, Eropah dan Afrika.
- Tentera yang kuat
Yunani mempunyai tentera yang kuat sehinggalah membolehkannya
membentuk Empayar Yunani yang begitu luas. Philip telah menubuhkan
angkatan tentera yang tetap dan bergaji, terdiri daripada petani
Makedonia dan melatih askar ini mengikut latihan askar di Thebes.
Angkatan tentera ini telah dilengkapkan dengan tombak yang lebih
panjang. Phalaux Makedon dan Sekuadron besar tentera berkuda yang
berdisiplin kuat di sayapnya membuat tentera ini susah hendak
dikalahkan. Angkatannya mara dalam barisan yang serong, tentera berjalan
kaki dan berkuda bergerak bersama mengikut rancangan yang telah
disediakan. Kesemuanya sekali menjadi satu jentera ketenteraan yang
belum pernah disaksikan di dunia. Kekuatan angkatan juga dapat dilihat
apabila dari 330-324 SM, Alexander Agung memimpin angkatannya melalui
gunung-ganang dan padang pasir yang penuh bahaya, salji dan banjir,
berjuang dengan semangat berkobar-kobar menghadapi bermacam jenis musuh,
mereka mara beribu-ribu batu ke tengah Asia, masuk Timur sampai ke
Bactria, ke Utara menyeberangi Sungai Oxus dan Jaxartes ke Turkestan, ke
Selatan menyeberangi Indua dan masuk ke Punjab tanpa berhenti-henti.
No comments:
Post a Comment