Yunani Purba
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yunani Purba atau Greece Purba atau Hellas Purba merujuk kepada tempoh sejarah Greece yang berkisar di lembangan Mediterranean dan Laut Hitam dan berlangsung selama satu alaf, sehingga bangkitnya Kristian, dari Zaman Kelam Yunani sekitar 1100 SM sehingga penawanan Greece oleh Rom pada 146 SM. Ia dianggap oleh kebanyakan sejarawan sebagai satu asas budaya tamadun barat. Budaya Yunani merupakan satu pengaruh yang kuat di dalam Empayar Rom, yang membawa satu versi sepertinya kepada banyak bahagian Eropah yang lain.
Kebudayaan Yunani Purba mempunyai pengaruh yang kuat pada bahasa,
politik, sistem pendidikan, falsafah, sains, kesenian dan seni bina pada
dunia moden, memarakkan Renaissance di Eropah Barat dan sekali lagi semasa pemulihan pelbagai neo-klasik pada abad ke-18 dan abad ke-19 Eropah dan Amerika.
"Greece Kuno" adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan dunia
penutur bahasa Greek pada zaman purba. Ia merujuk bukan sahaja untuk
semenanjung geografi Greece moden, tetapi juga untuk kawasan-kawasan
kebudayaan Yunani yang telah diduduki pada zaman purba oleh orang-orang
Greek: Cyprus dan kepulauan Aegean, laut Aegean di persisiran Turki
(ketika itu dikenali sebagai Ionia), Sicily dan selatan Itali (dikenali
sebagai Magna Graecia), dan penempatan orang Yunani berselerak di
pantai-pantai yang sekarang merupakan Albania, Bulgaria, Mesir, Libya,
selatan Perancis, timur dan timur laut Sepanyol, Georgia, Romania, dan
Ukraine.
No comments:
Post a Comment